the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahli Parlimen gesa pengerusi Suhakam baharu dilantik segera

KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen hari ini menggesa supaya pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang baharu dilantik dengan segera bagi memastikan suruhanjaya itu dapat menjalankan fungsi dan peranannya berhubung hak asasi manusia dengan sempurna.

Pada sesi perbahasan usul Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suhakam bagi Tahun 2021 dan 2022 di Dewan Rakyat, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) berkata pelantikan jawatan tertinggi suruhanjaya itu telah tertangguh lebih 10 bulan sejak Datuk Rahmat Mohamad meletak jawatan pada Ogos tahun lepas.

“Saya mencadangkan supaya pelantikan pengerusi yang baharu dilakukan segera dan individu yang dilantik mestilah mempunyai keupayaan memimpin dan menguruskan Suhakam dengan cekap serta berintegriti tinggi khususnya dalam menyelesaikan isu-isu yang sensitif.

“Kelewatan akan membuatkan ramai tertanya-tanya dan timbul persepsi tidak baik terhadap proses pelantikan… justeru itu, ia mesti dipercepatkan tanpa ada campur tangan luar,” katanya.

Cha Kee Chin (PH-Rasah) pula mencadangkan supaya kerajaan merujuk Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi berhubung senarai nama calon pengerusi baharu Suhakam, dan seterusnya mengadakan rundingan selaras dengan Perkara 11A (1), Akta Suhakam 1999.

“Benar, kuasa melantik pengerusi Suhakam di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong atas nasihat dan syor Perdana Menteri seperti yang diperuntukan di bawah Sekyen 5 (2) akta itu dan berundinglah dengan jawatankuasa itu, namun dalam perkara mustahak ini, saya mohon merujuk kepada JKPK terlebih dahulu,” katanya.

Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) pula meminta bilangan Pesuruhjaya Suhakam ditambah dengan pelantikan daripada golongan minoriti seperti Orang Asli, Orang Kurang Upaya (OKU), wakil masyarakat dan ahli profesional sekali gus membolehkan komposisi jawatan lebih inklusif.

“Seksyen 5(1) Akta Suhakam memperuntukkan bilangan pesuruhjaya tidak melebihi 20 orang tetapi pada masa ini Suhakam hanya ada sembilan orang pesuruhjaya iaitu empat wanita dan lima lelaki. Kenapa 11 kekosongan ini tidak diisi dengan pelantikan daripada golongan minoriti supaya lebih pelbagai,” katanya.

Selain itu, Ahli-Ahli Parlimen yang menyertai perbahasan itu juga turut membangkitkan beberapa isu, antaranya rizab tanah adat Orang Asli, kes kematian dalam tahanan polis dan depoh tahanan, serta isu permohonan kewarganegaraan yang tertunggak.

Terdahulu, usul itu dicadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said yang bertujuan untuk membahaskan dan membincangkan isu dan syor yang terkandung dalam kedua-dua laporan tahunan itu.

Azalina berkata sejak laporan tahunan suruhanjaya itu dibentang dan dibahaskan buat pertama kali pada 25 Mei tahun lepas, Kerajaan MADANI dengan komitmen serta iltizam politik, membawa usul sama pada sidang kali ini.

“Dalam mengiktiraf kepentingan Suhakam sebagai barisan hadapan hak asasi manusia di negara ini, Kerajaan MADANI sentiasa berusaha untuk memperkasakan Suhakam selaku badan berkanun yang boleh terus memainkan peranan dalam memastikan sistem semak dan imbang berjalan dengan baik,” katanya.

Persidangan bersambung Isnin.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

iQOO 15R Named Official Gaming Phone for 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of...

DONGGUAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - iQOO, a smartphone brand built for high-performance mobile gaming experiences, today announced that the iQOO 15R has been named the Official Gaming Phone for the 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of Kings.

A Decade of Sharing the Flavors of China: ‘Chinese Restaurant’ Stays True to Its...

CHANGSHA, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - Carrying the warmth of everyday life and the richness of Chinese civilization, Chinese Restaurant embarks on a new chapter as it celebrates its 10th anniversary.

Hong Kong universities scale global heights, cementing education hub status

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 19 June 2026 – Hong Kong universities continue to excel on the international stage with five institutions ranked among the world's top 100 and, for the first time, two in the top 20 of the 2027 World University Rankings published by Quacquarelli Symonds (QS) on June 18.

VinFast Builds on EV Success While Looking Beyond Electrification

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - As Southeast Asia and the Middle East ramp up investments in autonomous driving and AI-powered transportation, VinFast is positioning itself at the intersection of today's EV market and tomorrow's mobility ecosystem.

Glow Festival by Prudential Expands in Sentosa Partnership, Bringing Global Headliners and Its Biggest...

Over 70 wellness sessions across six immersive festival zones...

SIM Global Education Students Connect with Industry Mentors Through Campus Life

SINGAPORE- Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - For many students considering higher education, choosing an institution is not only about selecting a programme or qualification.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings