the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anggota tentera ditahan bersama pelbagai dadah

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang anggota tentera bersama pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM1,000 di sebuah restoran di Taman Kok Lian, Jalan Ipoh, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Jasni Zolpa berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Jinjang pada 3.30 pagi.

Beliau berkata pemeriksaan menemukan dadah jenis methamphetamin seberat 6.75 gram, 31 pil berwarna putih disyaki nitrazepam (38.39 gram) dan pil yaba (1.49 gram).

“Siasatan awal mendapati dadah itu dipercayai untuk kegunaan sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jasni berkata lelaki itu yang positif terhadap dadah kini direman hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Vondrousova insists she never doped after four-year ban

Former Wimbledon champion Marketa Vondrousova maintains she has never used performance-enhancing drugs after receiving a four-year ban for failing to comply with an anti-doping test.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings