the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bancian pertanian berjalan lancar, capai 20 %

SUNGAI BULOH: Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berjalan lancar dengan 20 peratus bancian selesai dilakukan setakat ini di seluruh negara sejak dimulakan 7 Julai lepas.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sehingga 26 Julai sebanyak 251,371 kes telah dilawati dengan Sabah mencatatkan jumlah tertinggi, diikuti Johor dan Sarawak.

“Banci ini merupakan langkah strategik untuk mengumpul data yang komprehensif dan terkini mengenai status serta perkembangan sektor pertanian Malaysia.

“Data yang diperoleh akan digunakan untuk merancang dasar, strategi dan intervensi yang lebih efektif dalam meningkatkan daya saing serta keberdayaan sektor pertanian negara,” katanya ketika ditemui selepas meninjau proses bancian di Kampung Kubu Gajah di sini hari ini.

Bagi memastikan keberkesanan data yang bakal dihasilkan selepas selesai proses bancian, Mohd Uzir meminta kesemua pihak yang terlibat memberikan maklumat yang jujur dan tepat kepada petugas banci.

Beliau berkata faktor kejayaan program itu ialah kebersamaan dalam penghasilan data kerana maklumat yang tepat adalah mustahak dan untuk itu peranan penghulu atau ketua kampung amat penting untuk memastikan anggota masyarakat di bawah mereka memberikan kerjasama yang baik.

“Setakat ini Alhamdulillah melalui kerjasama dengan agensi-agensi di peringkat negeri dan penggiat pertanian di daerah (mereka) memberikan komitmen 100 peratus dan ini satu petunjuk awal untuk kita tamatkan program ini dengan berjaya,” katanya.

Bancian Pertanian 2024 yang akan berakhir pada 10 Oktober ini merangkumi empat subsektor utama iaitu tanaman, ternakan, akuakultur dan perhutanan selain merupakan banci kali keempat dilaksanakan di Malaysia selepas kali terakhir dilaksanakan pada 2005.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings