the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Jumlah mangsa meningkat di Perlis dan Kedah, Sabah kekal

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah dan Perlis mencatat peningkatan manakala di Sabah, kekal setakat pagi ini.

Di KEDAH, jumlah mangsa meningkat kepada 268 orang daripada 81 keluarga pada pagi ini berbanding 177 orang daripada 41 keluarga, malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata dua PPS baharu dibuka di daerah Kota Setar melibatkan PPS Dewan Taman Seri Bagan dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman.

Beliau berkata pembukaan dua PPS tersebut menjadikan empat pusat pemindahan telah dibuka di Kedah.

“Di Kota Setar, PPS Dewan Taman Seri Bagan dibuka pada 7 malam tadi menempatkan 40 orang daripada 14 keluarga manakala PPS SK Taman Aman yang dibuka pada 11 malam tadi menempatkan 40 orang daripada 12 keluarga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata di Kubang Pasu, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun yang dibuka Isnin lepas, menempatkan 150 orang daripada 43 keluarga manakala PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang, Changlun yang dibuka semalam menempatkan 38 orang daripada 12 keluarga.

Di PERLIS, jumlah mangsa banjir di Arau meningkat kepada 38 berbanding 18 orang daripada empat keluarga yang direkodkan petang semalam .

Pengarah APM Perlis Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud ketika dihubungi berkata semua mangsa berada di PPS Dewan SK Arau melibatkan 11 keluarga terdiri daripada 37 dewasa dan seorang bayi.

Sementara itu, di SABAH, jumlah mangsa banjir dari lima kampung di Beaufort masih kekal 134 orang daripada 46 keluarga setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Selagon yang dibuka sejak Ahad lepas susulan banjir berikutan hujan lebat masih berterusan.

“Kita masih terus membuat pemantauan di lokasi hotspot di daerah berkenaan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings