the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk ibadah haji berunsur fitnah – Lim

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar dan berunsur fitnah.

Beliau berkata tindakan pantas perlu diambil untuk menghalang penyebaran berita palsu itu daripada mencetuskan isu sensitif berkaitan agama, kaum, dan raja (3R).

Justeru, Lim berkata laporan polis telah dibuat Pegawai Tugas-Tugas Khas bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang sengaja memanipulasi maklumat untuk menyemarakkan ketegangan antara kaum.

“Penglibatan polis amat penting dalam memastikan berita palsu ini dihentikan segera,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata beliau sekali lagi menegaskan penjelasan dalam Dewan Rakyat pada 28 Okt lepas bahawa Akaun Sejahtera KWSP boleh digunakan oleh bakal jemaah haji yang berusia di bawah 55 tahun, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata prosedur itu telah kekal sejak diperkenalkan pada 2013 tanpa mengira siapa yang memegang tampuk pemerintahan.

Lim turut menyeru semua pihak termasuk pengguna media sosial, media massa dan pihak berkuasa agar berganding bahu untuk membendung penyebaran berita tidak benar yang boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings