the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dana rizab Sarawak RM31 bilion semasa kepimpinan Abdul Taib: Nancy Shukri

KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud telah meninggalkan legasi yang kukuh untuk ekonomi negeri itu, apabila berjaya meletakkan dana rizab negeri sebanyak RM31 bilion pada tahun 2018.

Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Nancy Shukri yang berkongsi perkara itu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini, berkata dengan rizab sebanyak itu, kerajaan Sarawak tidak berasa risau apabila tiba-tiba menjadi pembangkang sewaktu Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan Kerajaan Persekutuan, susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018.

“Sebelum ini banyak (dakwaan) yang diperkatakan mengenai beliau (sewaktu menjadi Ketua Menteri), tetapi apabila BN kalah pada PRU 2018 dan beliau tidak lagi menjadi Ketua Menteri, ketika itu maka timbullah kebenaran terhadap apa yang beliau telah usahakan untuk Sarawak, berbanding dengan mana-mana negeri di Malaysia kerana dana rizab ketika itu ialah RM31 bilion.

“Masa itu, Sarawaklah yang mempunyai banyak dana rizab yang boleh digunakan apabila kita tidak lagi berada dalam Kerajaan Persekutuan masa itu dan telah menjadi pembangkang.

“Bagaimanapun, apabila pentadbiran Sarawak diambil alih oleh Ketua Menteri baharu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dan kini Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kedua-dua mereka tidak menggunakan dana rizab itu, kerana masih mempunyai peruntukan yang lain yang boleh digunakan untuk membangunkan Sarawak,” kata Nancy yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Nancy berkata pada masa ini, dapat dilihat bahawa Premier Sarawak meneruskan legasi itu dengan membawa lebih banyak lagi ekonomi baru, termasuk dalam bidang teknologi hidrogen bagi menjana pendapatan yang lebih banyak kepada Sarawak.

Sementara itu, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengkomersialan, Fakuliti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Dr Evan Lau Poh Hock berkata kebijaksanaan pemikiran Allahyarham dalam merangka belanjawan dan strategi pembangunan, yang memungkinkan Sarawak mendapat kemakmuran ekonomi dan insfrastruktur pada era kepimpinannya sebagai Ketua Menteri, menjadikan beliau selayaknya digelar sebagai ‘Arkitek Ekonomi Sarawak’.

Pakar ekonomi itu berkata dengan pemikiran ke depan, Abdul Taib telah mewujudkan beberapa kawasan industri di Sarawak, antaranya Sama Jaya High-Tech Park di Kuching dan Samalaju Industrial Park (Bintulu), bagi menarik kedatangan pelabur luar ke negeri berkenaan.

Lau berkata langkah itu dirintiskan, kerana Abdul Taib yang menjadi Ketua Menteri Sarawak paling lama iaitu selama 33 tahun, tidak mahu menunggu sokongan daripada Kerajaan Persekutuan semata-mata bagi menarik pelabur asing, sebaliknya berpendirian bahawa Sarawak perlu mempunyai alternatif sendiri.

“Hasil kewujudan kawasan industri itu, banyak syarikat luar (asing) telah membuka kilang di sini (Sarawak), sekali gus mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan, yang membantu penduduk Sarawak meningkatkan ekonomi mereka dan merintis laluan untuk pemindahan teknologi baru. Ini perancangan jitu beliau.

“Beliau enggan bergantung sepenuhnya terhadap peruntukan pembangunan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan setiap tahun, sebaliknya menegaskan Sarawak mesti mempunyai hasil sendiri melalui aktiviti eksport, yang hasilnya boleh diterjemahkan dalam bentuk tambah lain untuk pembangunan luar bandar, infrastruktur dan kegiatan ekonomi,” katanya.

Abdul Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di sini kira-kira 4.40 pagi semalam dan jenazahnya selamat dikebumikan pada 2.19 petang, hari ini di tanah perkuburan keluarga di Demak Jaya di Kuching, Sarawak.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings