the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Deepavali: Masyarakat disaran isi borang balik kampung, VSP

MELAKA: Masyarakat diminta menggunakan sebaik mungkin inisiatif Borang Maklum Balas Balik Kampung bagi memudahkan pihak berkuasa melaksanakan pemantauan dan rondaan secara kerap di kediaman atau premis yang ditinggalkan sepanjang tempoh cuti perayaan Deepavali.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata selain mengisi borang yang boleh didapati di balai polis berhampiran, orang ramai juga boleh memaklumkan pergerakan meninggalkan kediaman dan premis melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Setakat ini, pihak kami telah menerima 39 maklum balas pergerakan balik kampung menerusi VSP dan kita juga telah memberikan borang kepada wakil penduduk untuk diedarkan kepada komunitinya yang bercadang balik ke kampung semasa Deepavali nanti,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Cegah Jenayah dan Walkabout Sempena Sambutan Perayaan Deepavali 2023 di Kampung Chetti Gajah Behrang di sini malam tadi.

Zainol berkata sejak kempen itu dilaksanakan pada 2021, polis Melaka menerima sebanyak 108 maklum balas dan jumlah itu meningkat pada tahun berikutnya dengan 135 maklum balas menerusi kedua-dua medium, namun tiada laporan diterima berkaitan kes pecah masuk menerusi kempen itu sejak ia dijalankan.

Dalam pada itu, beliau berkata penyertaan komuniti secara aktif dan kejiranan yang kukuh sangat penting dalam mengawal kegiatan jenayah serta keselamatan di kawasan masing-masing terutama ketika musim perayaan.

“Sebab itulah pentingnya hidup bermasyarakat kerana budaya ini akan membentuk komuniti yang prihatin, penyayang dan bertoleransi yang secara tidak langsung akan menutup segala ruang dan peluang berlakunya jenayah dalam masyarakat,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings