the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua beranak maut selepas motosikal dirempuh kereta di Tampin

TAMPIN: Dua beranak maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dipandu seorang remaja dalam nahas jalan raya di Kilometer 12 Jalan Tampin-Gemas, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata kejadian pada kira-kira pukul 9 pagi itu mengakibatkan seorang ibu berumur 72 tahun dan anak lelakinya berumur 38 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata siasatan mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah kereta jenis Proton Savvy yang dipandu seorang lelaki berumur 19 tahun dan motosikal jenis Demak.

“Kemalangan berlaku semasa pemandu kereta iaitu seorang mekanik dalam perjalanan ke Pulau Sebang menuju ke Palong. Dua beranak itu pula dalam perjalanan dari Gemencheh dan ingin pulang ke rumah mereka di Pulau Sebang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta gagal mengawal kenderaan dan termasuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal mangsa. Akibat kemalangan penunggang dan pembonceng disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta itu tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu kereta itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology secures transformational US$2.5 billion five-year AI GPUaaS compute contract

Gorilla Technology Group (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla"), a global provider of AI-driven infrastructure, security intelligence and data solutions, today announced that it has signed a five-year AI compute infrastructure contract with a high investment-grade global technology customer for deployment at the NeutraDC Batam data centre in Indonesia.

Founders Metals Hits 53.1 m of 1.21 g/t Au from Surface in New Zone...

(TSXV: FDR) (OTCQX: FDMIF) (FSE: 9DL0) ("Founders" or the "Company") announces drill results from the Upper Antino target area at the Antino Gold Project ("Antino" or the "Project") in southeastern Suriname.

Vondrousova insists she never doped after four-year ban

Former Wimbledon champion Marketa Vondrousova maintains she has never used performance-enhancing drugs after receiving a four-year ban for failing to comply with an anti-doping test.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings