KUALA LUMPUR: Dua kilang papan dan besi di Jalan Welfare, Kampung Baru Cina Sungai Buloh di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.36 pagi.

“Sepasukan 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Bukit Jelutong, BBP Selayang dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba dua buah kilang berkenaan telah terbakar 60 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis bagaimanapun berkata kebakaran itu tidak melibatkan mangsa.