the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki Myanmar ditahan disyaki terlibat sindiket pemalsuan slip kad UNHCR

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan menahan dua lelaki warga Myanmar disyaki terlibat sindiket mengeluarkan slip permohonan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) palsu dalam operasi khas di Pasir Puteh, Jumaat lepas.

Timbalan Pengarah Imigresen (Kawalan) Kelantan Ruzaana Mohamed berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an ditahan menerusi Ops Sapu pada 2 pagi di sebuah rumah sewa di Kampung Changgal, di sini hasil risikan bahagian penguat kuasa.

“Suspek pertama menetap di negara ini menggunakan kad UNHCR sah dan mengaku sebagai pemilik komputer riba. Dia disiasat di bawah Seksyen 55 D dan 55 E Akta Imigresen 1959/63.

“Selain itu, suspek juga membenarkan seorang lagi imigran haram tinggal bersamanya dan ditahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya pada sidang media di Kompleks Jabatan Imigresen Kelantan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan menemukan dua komputer riba, peti besi dan sejumlah wang tunai RM140,000 milik suspek yang disyaki hasil kegiatan itu selain lima keping cetakan slip permohonan kad UNHCR palsu.

Ruzaana berkata siasatan lanjut terhadap isi kandungan komputer menemukan dokumen slip permohonan kad UNHCR yang disyaki digunakan untuk mendapatkan kad UNHCR secara tidak sah dan kegiatan terbabit dipercayai dilakukan suspek sejak tiga tahun lepas.

“Kes pemalsuan slip kad perakuan pelarian itu adalah yang pertama bagi tahun ini dan kita tidak menolak sindiket itu mempunyai rangkaian tertentu di negara ini dengan menggunakan media sosial sebagai hebahan,” katanya menambah pihaknya sedang mengenal pasti dalang utama kegiatan berkenaan.

Menurut Ruzaana kedua-dua lelaki terbabit dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan pendatang tanpa izin atau sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan kepada sebarang pihak yang mendalangi, memudah cara dan bersubahat dalam melindungi golongan itu,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Where minds meet to launch Space Economy Association off the ground

The newly formed Space Economy Association aims to position Hong Kong as a global hub for the commercial space industry by connecting businesses, investors, professionals and governments while supporting innovation, talent development and international collaboration in the fast-growing space economy.

Construction Management Awards 2026 – now opens for nominations introduction of the inaugural “Excellent...

The Construction Management Awards 2026 has opened for nominations, introducing the inaugural Excellent Construction Safety Culture Award to recognise organisations that demonstrate strong safety leadership, governance and long-term commitment to improving construction site safety across Hong Kong.

Siam Piwat appoints The Bureau of Wonders as international public relations consultant for Siam...

Siam Piwat has appointed The Bureau of Wonders as its international public relations consultant for Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026, aiming to boost global awareness of the event and strengthen Thailand's position as a luxury retail and watchmaking destination.

SIM highlights the importance of university networks in higher education decisions

SIM says university friendships and professional networks are becoming key factors in higher education decisions, helping students build confidence, improve wellbeing, develop career readiness and create lasting personal and professional connections alongside their academic qualifications.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings