the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Elak isu 3R antara inti pati Draf MoU peruntukan pembangkang – Fadillah

PUTRAJAYA: Draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang antara lain memfokuskan kepada usaha memastikan kestabilan negara dan mengelakkan perpecahan terutamanya berkaitan isu 3R (raja, agama dan kaum).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perincian draf berkenaan sedang dimuktamadkan dan akan diserahkan kepada Majlis Kerja Tertinggi semua parti politik kerajaan serta pembangkang untuk diluluskan.

“Kita masih memperincikan (draf) tetapi gambaran (MoU) sudah saya berikan apa kandungannya iaitu pertama, untuk fokus supaya semua Ahli Parlimen melihat bagaimana untuk membangunkan dan memulihkan ekonomi negara.

“….(kedua) untuk memastikan kestabilan supaya kita dapat menarik seramai mungkin pelancong dan mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan perpecahan, 3R dan sebagainya,“ katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sains Negara, di sini hari ini.

Pada 18 April lepas, Fadillah dilaporkan berkata Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan secara dasarnya bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Sehubungan itu, satu draf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.

Pada 25 April lepas, Fadillah berkata draf tersebut masih dirangka dan akan diserahkan kepada pembangkang dalam masa terdekat dan inti pati draf tersebut antaranya memberi tumpuan kepada persefahaman menggerakkan pembangunan negara, fokus kepada ekonomi dan kebajikan rakyat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings