• 2025-07-20 03:39 PM

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda rantau Kepulauan Filipina pada 1.45 tengah hari tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 10 kilometer itu berlaku pada jarak 190km utara dari Laoag City, Filipina.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,“ jelas MetMalaysia dalam kenyataan rasmi.

Kejadian ini berlaku di kawasan yang kerap mengalami aktiviti seismik kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik.

Pihak berkuasa Filipina masih memantau keadaan dan belum melaporkan sebarang kerosakan besar atau korban jiwa setakat ini.

Penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada terhadap kemungkinan gegaran susulan. - Bernama