the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gudang logistik runtuh: MBPP arah henti kerja serta -merta

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sudah mengeluarkan notis arahan berhenti kerja serta-merta kepada pemaju, jurutera dan arkitek projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas yang runtuh malam tadi.

Datuk Bandar MBPP Datuk A. Rajendran berkata arahan itu dikeluarkan pagi tadi kepada pihak pemaju projek berkenaan di lokasi kejadian bagi memudahkan operasi menyelamat mangsa serta tugas-tugas siasatan pihak berkuasa.

“Kita sudah keluarkan notis berhenti kerja serta-merta pagi tadi kepada pemaju dan arkitek,” katanya selepas meninjau lokasi kejadian di sini hari ini.

Mengulas mengenai projek berkenaan, Rajendran berkata ia ialah projek fast track dan jadual pembinaannya berada di landasan yang betul.

“(Sebelum kejadian) kita telah beri kebenaran untuk projek ini beroperasi pada waktu malam kerana ia berada di luar kawasan perumahan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas Datuk Azrul Mahathir Aziz yang turut melawat lokasi mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak terlibat jika didapati ada kecuaian sehingga menyebabkan berlakunya insiden yang meragut nyawa itu.

“Saya berharap kejadian sebegini tidak akan berulang lagi pada masa depan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 9.58 malam tadi, tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh disahkan maut selepas gudang logistik yang dalam pembinaan itu runtuh.

Dua lagi mangsa dilaporkan parah dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan, manakala empat lagi mangsa masih tertimbus.

Setakat pukul 9 pagi ini, operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan oleh pihak bomba dan penyelamat dibantu agensi lain termasuk polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pegawai Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) turut dilihat berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings