the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Heret pencuri air ke mahkamah – Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk menggunakan undang-undang di bawah bidang kuasanya bagi menghadapkan pesalah pencuri air ke mahkamah.

“Tangkap dan dakwa mereka di mahkamah,“ katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat pasca Kabinet Jabatan Ketua Menteri hari ini.

Begitu juga, beliau berkata kilang-kilang yang didapati mencuri air mesti dihadapkan ke mahkamah dan bukannya hanya mengeluarkan kompaun.

Katanya tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang mencuri air kerana sambungan haram telah dikenal pasti sebagai punca utama 60 peratus air tidak terhasil (NRW) di Sabah, yang tertinggi di negara ini.

Menurutnya Kabinet negeri telah memanggil jabatan air untuk taklimat susulan demonstrasi satu kumpulan termasuk pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menuntut isu air itu diselesaikan.

Hajiji juga berkata Kabinet negeri telah dimaklumkan bahawa dalam tempoh dua bulan lepas, UMS hanya mengalami gangguan bekalan air selama satu atau dua hari akibat paip pecah.

Katanya dalam tempoh itu, JANS membekalkan antara empat juta hingga tujuh juta liter air setiap hari kepada UMS sebagai tambahan kepada satu juta liter air yang disediakan oleh tiub telaga.

“Saya telah meminta Naib Canselor UMS meneliti perkara itu bagi mengetahui punca air tidak sampai kepada pelajar,” katanya.

Menurutnya, Kabinet dimaklumkan bahawa bekalan air ke UMS semakin berkurangan berikutan banyak sambungan haram dikesan dari lima perkampungan terletak di belakang UMS iaitu di atas tanah yang menjadi pertikaian antara mereka yang menduduki tanah dan pemilik tanah.

“Sebab itu saya mahu pihak penguat kuasa jabatan air pergi dan putuskan sambungan haram ini selain ambil tindakan tegas terhadap pesalah.

“Mungkin, jabatan air boleh memasang tangki 500 liter di tapak dan mengenakan bayaran kepada penduduk di situ. Ini akan menghalang mereka daripada menyambung paip semula secara haram ke saluran air,“ katanya.

Beliau memberikan jaminan bahawa tanggungjawab kerajaan negeri adalah membekalkan air dan pelbagai usaha dilakukan, sekali gus bertentangan dengan dakwaan pihak pembangkang.

Hajiji berkata usaha sedemikian termasuk Loji Rawatan Air Telibong II boleh menyediakan tambahan 160 MLD (juta liter sehari) untuk menampung bahagian utara Sabah termasuk UMS dan kawasan sekitarnya, sebaik pemasangan paip air siap.

“Selain itu, kerja-kerja meningkatkan bekalan air di bahagian selatan Pantai Barat yang memberi manfaat kepada penduduk di Papar, Lok Kawi dan Putatan telah pun bermula lapan bulan lalu dan dijangka siap menjelang 2026,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PEOPLElogy shareholders back board and strategy at second AGM

Fresh off a strategic partnership with Pulsifi, PEOPLElogy is sharpening its push toward an intelligence-led workforce model through GOAL by PEOPLElogy — delivering AI-powered talent intelligence, workforce analytics, and data-driven talent development to organisations rethinking how they plan and grow their people.

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Klemeru South: EADEPRO Development builds Perak’s first solar-powered green township in Ipoh’s Klebang-Meru corridor...

EADEPRO Development is expanding Klemeru Ipoh, a 120-acre solar-powered township in Perak's Klebang-Meru corridor. Featuring built-in solar systems, EV-ready infrastructure, modern amenities and strong connectivity, the project aims to support sustainable living while advancing Malaysia's net-zero and energy transition goals.

Matrix Robotics Debuts at Dalian Summer Davos as Sole Humanoid Robotics Service Provider, with...

DALIAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - The World Economic Forum's 17th Annual Meeting of the New Champions, also known as Summer Davos, opened on June 23 at the Dalian International Conference Center.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings