the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hilir Perak banjir lagi, 209 mangsa berpindah ke PPS

IPOH: Sebanyak 209 mangsa daripada 73 keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan beberapa kawasan di daerah Hilir Perak dinaiki air akibat hujan lebat malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi ini, sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 3, Parit menempatkan penduduk dari Kg Serapoh dan Kampung Buloh Akar.

Minggu lepas, daerah tersebut dan dua buah lagi daerah iaitu Taiping dan Kuala Kangsar dilanda banjir yang memaksa lebih 500 mangsa berlindung di 10 PPS selama hampir seminggu.

Hujan lebat berterusan malam tadi turut menyaksikan beberapa kawasan dinaiki air di daerah Manjung, Lahat dan Ipoh termasuk di Taman Cempaka.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings