the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

HRD Corp teruskan pembiayaan kursus keluarga dan keibubapaan – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) akan meneruskan inisiatif pembiayaan kursus yang bertemakan pembangunan keluarga dan keibubapaan kepada pekerja menggunakan caruman levi majikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu sebagai sokongan kepada sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan.

“Saya amat menyokong inisiatif ini dan mengharapkan lebih banyak majikan akan menghantar pekerja mereka untuk menghadiri kursus-kursus pembangunan keluarga dan kemahiran keibubapaan.

“Tawaran ini dibuka sepanjang November tahun ini,” katanya sempena perasmian Sambutan November Bulan Keluarga Malaysia 2024 bertemakan Kasih Keluarga, Jiwa MADANI.

Teks ucapan Perdana Menteri dibacakan isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada majlis yang diadakan di Taman Botani Kuala Lumpur, hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings