the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hubungan Malaysia dan China kukuh – Ahmad Zahid

HONG KONG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ini dibuktikan melalui aspek kerajaan dengan kerajaan (G2G), perniagaan ke perniagaan (B2B) dan antara rakyat (P2P) yang kukuh sejak dahulu lagi termasuk langkah membenarkan kemasukan tanpa visa selama 30 hari kepada pelancong China ke Malaysia dan 15 hari untuk pelancong dari Malaysia ke China.

Ahmad Zahid kini dalam lawatan rasmi pertamanya ke China selepas memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Disember 2022 dan lawatan itu atas jemputan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang.

“Hubungan saya dan pemimpin-pemimpin mereka adalah cukup berat (erat) dan saya telah berada di China sejak tahun 1990-an sebagai ahli korporat ketika itu apatah lagi ketika saya berada di dalam kerajaan,” katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata lawatan beliau ke China itu juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden China Xi Jinping serta Premier China Li Qiang.

Mengulas mengenai lawatannya, beliau berkata terdapat beberapa perkara akan dibincangkan meliputi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), industri halal serta perdagangan.

“Di Shanghai nanti, saya akan saksikan beberapa perjanjian (berkaitan TVET) akan ditandatangani, selain di Beijing, secara rasminya saya akan hadir majlis ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik (antara Malaysia dan China),” katanya.

Malaysia dan China telah menjalinkan hubungan dua hala secara rasmi pada 31 Mei 1974.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings