the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Industri padi perlu bersedia hadapi cuaca lebih panas tahun hadapan

PENDANG: Industri tanaman padi negara perlu bersedia untuk menghadapi kemungkinan cuaca lebih panas tahun hadapan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata kesan fenomena cuaca panas ketika ini menjadikan pengeluaran padi tidak memberangsangkan dan berkurangan.

“Kesan cuaca panas, El Nino ini macam-macam datang sekarang ini dan panas ini pula melampau.

“Soal itu pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) barangkali boleh mengkaji dari sudut jadual tanaman dan sebagainya (untuk menghadapi keadaan itu),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Penuaian Padi Projek SMART Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Ala Sekinchan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kampung Gulau di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi MADA Datuk Dr Ismail Salleh, Pengerusi MARDI Dr Azman Ismail dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Datuk Mahfuz Omar.

Menurut Mohamad hasil padi tahun ini dijangkakan pada kadar 62 peratus dan cuaca panas yang telah berlarutan sejak tiga tahun menyebabkan pengeluaran tidak memberangsangkan.

Beliau berkata pihaknya akan terus berusaha memastikan pengeluaran padi di setiap kawasan tanaman seluruh negara dapat mencapai tahap 10 tan per hektar seperti yang dicapai di Sekinchan, Selangor dan Lat 1,000 di Perlis.

Selain itu, pihaknya juga bercadang membuka lebih banyak kawasan tanaman padi baharu termasuk di Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

“Di Lat 1,000 kita dapat 10 tan lebih, di Gulau ini kita dapat tujuh tan lebih sahaja. Walaupun capai matlamat, tapi sasaran kita semua kawasan tanaman dapat keluar hasil lebih tujuh tan agar kita boleh eksport beras,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan kerajaan akan mengumumkan keputusan perbincangan mengenai harga beras putih tempatan pada 20 Mac ini, selepas mendengar pandangan petani dan pemegang taruh industri padi dan beras, Khamis lepas.

Katanya, dalam pertemuan dianjurkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) itu, kerajaan berusaha memastikan semua pihak termasuk pengguna, pengilang dan petani berpuas hati. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Taiwan entrepreneur Time Light Care brings smart elderly care to mainland as silver economy...

Time Light Care is expanding smart elderly care services in mainland China by combining Taiwan's long-term care experience with digital health technologies, as rising demand and supportive policies drive growth in the country's rapidly expanding silver economy.

Media startup World & New World Journal redefines global current affairs with 7-language service

World & New World Journal is expanding access to global affairs by providing free expert analyses and world leaders' speeches in seven languages, aiming to remove language and cost barriers while reaching readers in 148 countries through its multilingual platform.

Reassessing the Indus Basin water debate

Pakistan's recent water scarcity claims in the Indus Basin are contradicted by its own hydrological data showing abundant inflows and high downstream flows.

‘Rest N Go’ operator RNG Tech draws strong investor demand for IPO

Malaysia's largest vending massage chair operator, RNG Tech Bhd, is set to debut on Bursa Malaysia's ACE Market on July 7 after raising RM16.4 million from an IPO oversubscribed 7.8 times. The group commands a 66.2% market share and runs 5,611 chairs across five regional markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings