the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JAKIM nasihat pendakwah bebas supaya tidak kenakan bayaran terlalu tinggi

LABUAN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan pendakwah bebas supaya tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk berdakwah, di samping mengingatkan supaya mereka tidak menyamakan status diri dengan selebriti.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata jabatan itu bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan majlis agama negeri bagi memantau dakwaan berhubung pendakwah mengenakan caj tinggi bagi aktiviti mereka.

“Kita sedang memantau, kerana kita ada mendengar mengenai dakwaan sebegitu… Pendakwah ini dinasihatkan agar tidak menganggap diri mereka seperti selebriti yang mengaut keuntungan daripada suara mereka,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Projek Wakaf untuk membina Surau Al-Kausar Jabatan Kesihatan Labuan hari ini.

Beliau menggesa para pendakwah supaya mengenakan bayaran sederhana untuk perkhidmatan mereka bagi menjaga kesucian dakwah dan menegakkan imej positif Islamiah, di samping mengelak daripada timbulnya persepsi tidak baik terhadap mereka yang diamanahkan menyebarkan ajaran agama.

Dr Sirajuddin berkata bagaimanapun jabatan itu masih belum melihat keperluan untuk memperkenalkan garis panduan khusus mengenai bayaran bagi pendakwah, dan keadaan masih terkawal.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings