the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jumlah mangsa di Kedah bertambah, Perak dilanda banjir semula

KUALA LUMPUR: Baling menjadi daerah baharu yang terjejas akibat banjir di Kedah, sekali gus menjadikan jumlah mangsa di negeri ini meningkat kepada 1,373 orang daripada 457 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 1,332 orang daripada 426 keluarga malam tadi.

Menurut laporan Info Bencana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 134 orang daripada 62 keluarga di daerah Baling telah ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS), iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari, SK Siong, SK Malau, dan SK Seri Bayu.

Sementara itu, daerah Pokok Sena masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, dengan 697 orang daripada 221 keluarga yang kini berlindung di PPS Surau Desa KEDA Derang, Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang, Dewan Serbaguna Pokok Sena, SK Bukit Hijau Mukim Derang, dan Masjid Kampung Baru Jalan Lampam.

Di Kota Setar, seramai 416 orang daripada 130 keluarga berlindung di PPS SK Titi Gajah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas, dan SMK Alor Merah. Manakala di Kubang Pasu, seramai 126 orang daripada 44 keluarga masih berada di PPS Dewan Lubuk Batu dan SK Bandar Baru Darul Aman.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 8 pagi ini, Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Kubang Pasu, Sungai Ketil di Kuala Pegang, Baling, serta Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Jambatan TAR, Kota Setar, telah melepasi paras bahaya.

Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan satu PPS telah dibuka di Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan, yang menempatkan sembilan mangsa daripada empat keluarga di daerah Kampar pada pukul 11 malam tadi, akibat banjir.

Mangsa-mangsa tersebut dipindahkan dari Kampung Batu 20 di Kuala Dipang dan Kampung Pulau Pisang di Malim Nawar.

JPS memaklumkan Sungai Perak di Kuala Kenderong, daerah Hulu Perak, berada pada tahap bahaya dengan bacaan paras air setinggi 113.79 meter

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings