the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kejadian kemalangan libatkan orang awam dan polis di Mualim video lama

IPOH: Video tular yang membabitkan sebuah motosikal awam melanggar motosikal anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berlaku pada 26 April lepas dan kejadian itu tidak disengajakan.

Ketua Polis Daerah Mualim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir dalam kenyataan berkata dua anggota URB pada hari kejadian menghala ke perkampungan Orang Asli Pos Bersih, Slim Village setelah menerima satu laporan kemalangan.

“Semasa dalam perjalanan, anggota URB telah bertanyakan lokasi sebenar kemalangan kepada sekumpulan penduduk tempatan dan ketika menghala ke tempat kejadian, sebuah motosikal yang ditunggang oleh orang kampung yang mengekori rapat dengan tidak sengaja telah melanggar bahagian belakang motosikal anggota URB,” katanya.

Beliau berkata perlanggaran itu tidak menyebabkan apa-apa kerosakan dan telah diselesaikan secara baik, justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan persepsi negatif terhadap polis yang boleh menjejaskan imej pasukan itu.

Semalam, satu video durasi pendek tular menerusi media sosial dengan status “di saat rakyat dianiaya oleh pemimpin negara” dan “izinkan kami langgar apa yang ada depan mata” telah mendapat banyak komen negatif daripada netizen. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings