the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemenangan PH di KKB ‘triple happiness’ buat Kerajaan Perpaduan – Fahmi

KUALA LUMPUR: Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) pada malam ini disifatkan sebagai triple happiness atau kegembiraan tiga kali ganda buat Kerajaan Perpaduan.

Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata kejayaan gabungan itu mempertahan kemenangan di kerusi DUN berkenaan adalah satu lagi kegembiraan yang diraikan malam ini di samping Sambutan Ulang Tahun PKR ke-25 dan Ulang Tahun UMNO ke-78.

“Malam ini yang agak baiknya ialah Sambutan Ulang Tahun Keadilan ke-25 bersekali dengan Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-78, jadi kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di KKB adalah triple happiness,” katanya.

Menteri Komunikasi itu berkata demikian kepada pemberita pada Malam Sambutan 25 Tahun PKR di sini malam ini.

Pertandingan empat penjuru dalam PRK KKB dimenangi calon PH daripada DAP Pang Sock Tao dengan majoriti 3,869 undi menewaskan Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shootout traps tourists at Rio sunrise lookout

Dozens of tourists were caught in a gun battle between police and drug traffickers at a popular Rio de Janeiro sunrise viewpoint, the second such incident this year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings