the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun

TANAH MERAH: Kementerian Perpaduan Negara mempertimbang langkah menaik taraf Kuil Sri Maha Mariamam dekat sini yang dibina kira-kira 108 tahun lepas untuk memberi keselesaan kepada orang ramai dan penganut agama Hindu yang mengunjunginya.

Timbalan Menteri berkenaan K.Saraswathy berkata kuil yang terletak di Ladang Kerilla itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu selain untuk acara keagamaan dan perayaan.

Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa penambahbaikan yang perlu dilaksana untuk menambah keceriaan kuil itu.

“Antaranya penyediaan dewan, kemudahan tandas, sistem paip, menambah keceriaan kuil dengan cat baharu dan menyediakan kawasan parkir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan ulang tahun ke-108 kuil itu dan perayaan Aandu Thiruvizha serta Program Semarak Perpaduan di sini hari ini.

Saraswathy berkata Kementerian Perpaduan Negara turut menerima memorandum daripada pihak pengurusan kuil berhubung masalah itu.

“Saya akan meneliti memorandum ini untuk mendapatkan bantuan sewajarnya bagi membolehkan pihak pengurusan kuil membaiki kerosakan dan menambah kemudahannya,“ kata beliau.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings