the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan cadang jadikan Sarawak hab aeroangkasa negara – Tengku Zafrul

KUCHING: Kerajaan bercadang menjadikan Sarawak sebagai hab industri aeroangkasa negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata cadangan itu merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri Sarawak di sini hari ini.

Sarawak telah menunjukkan potensi besar dalam industri itu terutama untuk mewujudkan tenaga mahir dalam bidang tersebut, katanya.

“Sarawak sebelum ini telah mengumumkan (komitmen) untuk menghasilkan bakat di universiti-universiti Sarawak yang menumpukan industri aeroangkasa.

“Jadi, kita berpendapat dari segi bakat itu memang akan ada, manakala dari segi geografi Sarawak berada (di lokasi yang) memang baik, dekat dengan Nusantara (ibu negara Indonesia), berhampiran Korea, Jepun dan malah Australia,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di sini.

Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Tengku Zafrul berkata cadangan membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di sini dan penubuhan syarikat penerbangan milik Sarawak turut dikenal pasti dapat membantu pembangunan industri aeroangkasa di Bumi Kenyalang.

Beliau berkata pihaknya melalui Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara Malaysia (Naico Malaysia) juga akan bekerjasama dengan Sarawak dalam mencapai agenda pembangunan industri itu.

“Kita juga melihat industri aeroangkasa akan dapat membuka peluang dalam industri penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta sektor pembuatan,” katanya.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini dilaporkan berkata Sarawak akan membuka pusat latihan aeroangkasa sebagai persediaan untuk terbabit serius dalam industri penerbangan.

Abang Johari berkata pusat latihan itu akan diwujudkan di Tanjung Bako di Kuching, manakala kelas teori akan diadakan di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) di Lundu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings