the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan giat gerak inisiatif jadikan TVET pilihan utama pelajar – Mustapha

KUCHING: Kerajaan sedang giat menggerakkan usaha bagi memastikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi pilihan utama golongan muda melanjutkan pelajaran sekali gus menyumbang kepada pendapatan serta kemajuan Malaysia.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata usaha memperkasa aliran TVET oleh Kerajaan MADANI dapat dilihat menerusi peruntukan RM6.8 bilion dalam Belanjawan 2024 dengan menawarkan pelbagai kursus dan program bidang berkaitan di seluruh negara.

“Negara telah menjadikan TVET sebagai pencetus perubahan… untuk kita mencapai negara maju yang berpendapatan tinggi, perlu berasaskan teknologi yang tinggi juga dengan proses pendigitalan sekarang, kecerdasan buatan dan pelbagai lagi.

“Maknanya pihak kerajaan telah menetapkan bahawa TVET ini memang kena perkasakan dan kita nak tarik seramai mungkin generasi muda kita yang minat tentang kemahiran ini masuk dalam institusi TVET,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja dan program Jejak TVET MADANI di sini hari ini.

Beliau berkata institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi seperti Politeknik menawarkan pelbagai jurusan TVET di peringkat diploma dan ijazah selain kolej komuniti yang menyediakan kursus pendek seperti pembelajaran sepanjang hayat (PSH).

“PSH ini kita tawarkan kepada pelbagai peringkat umur dan melalui kursus pendek ini, kita dapat melahirkan ramai usahawan serta penjaja kecil kepada pelbagai kelompok di sekitar komuniti,” katanya.

Mustapha melawat premis perniagaan alumni TVET Mohd Hamzah Man, 46, yang menubuhkan Syarikat Kejuruteraan AUM Sdn Bhd melibatkan industri elektrik dan pembinaan.

Lulusan bidang kejuruteraan elektrik Politeknik Kuching dari 1998 hingga 2000 itu turut menurunkan ‘bakat’ TVET kepada anaknya, Umie Hidayah Mohammad Hamzah, 23 yang mengambil jurusan Teknologi Automotif di Kolej Vokasional Kuching.

“Jadi ini kita istilahkan sebagai keluarga TVET yang berjaya dan melambangkan TVET bukan pilihan kedua. Kita harap akan menjadi contoh kepada keluarga lain di luar sana supaya dapat menggalakkan anak mereka agar menjadikan TVET sebagai pilihan utama untuk kerjaya mereka,” kata Mustapha.

Terdahulu, beliau turut mengadakan lawatan kerja ke Politeknik Kuching antaranya bagi sesi taklimat dan mendapatkan maklum balas serta cadangan daripada pemegang taruh dalam usaha memastikan sektor TVET mampu menyediakan tenaga kerja yang menepati permintaan pasaran.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings