the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Beliau berkata jumlah itu sebahagian daripada keseluruhan anggaran kos RM700 juta bagi menganjurkan temasya dwitahunan yang jika dianjurkan akan menggunakan model penganjuran bersama dengan kerajaan negeri.

Beberapa kerajaan negeri sudah menyatakan kesudian untuk bekerjasama termasuk Sarawak yang bersetuju memperuntukkan RM350 juta iaitu separuh daripada anggaran kos bagi menganjurkan 18 acara bagi Sukan SEA dan lapan acara untuk Para ASEAN.

Hannah berkata Sabah juga memperuntukkan RM100.528 juta bagi pengelolaan 11 acara bagi Sukan SEA dan empat acara bagi Para ASEAN, manakala Pulau Pinang bersetuju memberi RM15 juta bagi penganjuran acara billiard.

“Terdapat juga beberapa negeri lain yang menulis surat kepada kita (Kementerian Belia dan Sukan) menyatakan bersetuju tetapi tidak mahu beri peruntukan,” katanya pada sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Negara hari ini, bagi menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang ingin tahu keputusan Jemaah Menteri berkenaan penganjuran Sukan SEA 2027.

Hannah berkata keputusan akhir bakal dibuat Jemaah Menteri dalam masa terdekat setelah mengambil kira kesemua aspek berkaitan termasuk kesan penganjuran Sukan SEA dan Para ASEAN 2027 terhadap ekonomi negara.

Sementara itu, menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa yang ingin tahu jika kerajaan akan menyediakan stadium khas buat sukan sepak takraw, Hannah berkata pihaknya sudah memaklumkan Persatuan Sepaktakraw Malaysia mengenai senarai stadium kelolaan pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri di Lembah Klang yang sesuai untuk digunakan.

“Saya telah nyatakan kepada persatuan lihat dahulu stadium mana yang sesuai dan kita boleh bincang bagaimana untuk berkongsi stadium itu atau pun melalui kerjasama yang boleh diwujudkan.

“Kaedah ini diguna pakai untuk memastikan kita dapat menjimatkan wang di samping mengoptimumkan kegunaan kemudahan sukan sedia ada,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings