the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 19, 2026
24.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes pukul lelaki sampai maut: Reman lima individu disambung

KUALA LUMPUR: Tempoh reman terhadap lima lelaki yang disyaki memukul seorang lelaki hingga maut di Taman Pelangi Semenyih 2 dekat sini, Selasa lepas disambung empat hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan dalam kenyataan ringkas berkata kesemua yang berusia 22 hingga 52 tahun disambung hingga reman hingga Khamis ini.

Jumaat lepas, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata selain lima lelaki berkenaan, pihaknya turut menahan dua lagi lelaki berusia 23 dan 40 tahun di Kajang yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu dengan kedua-duanya direman lima hari hingga Selasa ini.

Beliau berkata dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan melibatkan lelaki terbabit juga telah membuat laporan polis.

Pada Rabu, media melaporkan lelaki berusia 42 tahun diikat tangannya sebelum ditarik keluar daripada kereta oleh orang awam selepas kemalangan dan dipukul hingga maut.

Kejadian dipercayai berlaku selepas lelaki berkenaan yang memandu Proton Saga kelabu terbabit kemalangan dengan penghantar makanan dan beberapa kenderaan lain.

Sejurus kemalangan itu, mangsa dikatakan telah dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings