the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKM akan padankan pakar perubatan seiring pembangunan infrastruktur

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan berusaha untuk memadankan pakar-pakar perubatan seiring dengan pembangunan infrastruktur berdasarkan keperluan setempat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pelaksanaan itu susulan perbincangan menerusi Mesyuarat Tindakan Pembangunan KKM yang dipengerusikan beliau semalam.

“Ada rakan-rakan yang berpesan agar pakar-pakar perubatan yang dilatih nanti dapat dipadankan seiring dengan pembangunan infrastruktur.

“Insya-Allah, saya akan pastikan dua perkara. Pertama pembangunan infrastruktur adalah selari keperluan setempat.

“Saya akui banyak kawasan mengalami kesesakan, fasiliti daif atau kedua-duanya, namun ini sedang ditangani. Bukan hanya di Sabah dan Sarawak, malah di Johor dan Kelantan jua,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook hari ini.

Beliau berkata perkara kedua adalah menangani masalah agihan sumber manusia yang tidak sekata dengan memastikan perancangan dan agihan sumber adalah selari dengan pembangunan infrastruktur serta keperluan di akar umbi.

“Bukan kerja sehari dua, namun dengan doa dan sokongan semua, kita akan laksanakan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Reassessing the Indus Basin water debate

Pakistan's recent water scarcity claims in the Indus Basin are contradicted by its own hydrological data showing abundant inflows and high downstream flows.

‘Rest N Go’ operator RNG Tech draws strong investor demand for IPO

Malaysia's largest vending massage chair operator, RNG Tech Bhd, is set to debut on Bursa Malaysia's ACE Market on July 7 after raising RM16.4 million from an IPO oversubscribed 7.8 times. The group commands a 66.2% market share and runs 5,611 chairs across five regional markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings