the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN Kelantan sita peralatan elektronik set karaoke susulan aduan wakil pemilik hak cipta

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita set karaoke dari sebuah premis hiburan dekat Jalan Kebun Sultan di sini semalam, susulan aduan wakil pemilik hak cipta berhubung kegiatan premis itu yang menggunakan karya hak cipta mereka bagi aktiviti perniagaan.

Pengarahnya Azman Ismail berkata set karaoke yang melibatkan pelbagai barangan elektronik bernilai RM11,800 itu disita dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam oleh pihaknya dengan kerjasama wakil pemilik hak cipta serta Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor.

“Pemeriksaan di premis itu mendapati terdapat set karaoke mengandungi salinan langgaran karya rakaman filem, bunyi dan lagu yang digunakan bagi tujuan perniagaan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah seksyen 41(1) (d) Akta Hak Cipta 1987, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih daripada RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Azman seterusnya mengingatkan semua pihak yang menggunakan karya hak cipta bagi aktiviti perniagaan supaya memohon kelulusan daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu sebelum menggunakan karya-karya kreatif berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings