the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN P. Pinang tahan pemandu lori cuba seleweng diesel di stesen minyak

GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menahan seorang pemandu lori kerana disyaki cuba menyeleweng minyak diesel di sebuah stesen minyak di Bayan Lepas di sini hari ini.

Pengarah KPDN Pulau Pinang S. Jegan berkata lelaki tersebut ditahan anggota penguat kuasa menerusi Op Tiris 3.0 hasil maklumat dan risikan.

“Ketika serbuan seorang lelaki didapati sedang mengisi cecair disyaki diesel melalui pam ke dalam sebuah tong dram yang berada di atas sebuah lori.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan tiga unit tong dram berisi diesel sebanyak 594 liter dan tiga unit tong dram kosong dan sitaan telah dibuat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata turut disita lori jenama Daihatsu dan dokumen resit belian minyak dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM17,308 termasuk rampasan diesel tersebut bernilai RM1,888.

Jegan berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti atau rantaian pengedaran diesel termasuk sumber bahan api itu diperoleh dan edaran mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings