the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN rangka gerakan massa banteras ketirisan barang kawalan di Sabah, Sarawak

KINABATANGAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang merangka satu gerakan massa untuk melibatkan orang ramai dalam memerangi penyelewengan barang kawalan bersubsidi khususnya diesel dan RON95 di Sabah dan Sarawak.

Menteri berkenaan Datuk Armizan Mohd Ali berkata gerakan itu bagi membantu penguatkuasaan dalam memerangi ketirisan subsidi melalui pemantauan dan penyaluran maklumat.

Beliau berkata gerakan itu dilaksanakan susulan keputusan Kerajaan Persekutuan melaksanakan penyasaran subsidi diesel secara berperingkat bermula dengan Semenanjung Malaysia dengan pengecualian Sabah, Sarawak dan Labuan pada masa ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor.

“Penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan bersubsidi bukan sahaja satu kesalahan di sisi undang-undang, malah penafian hak subsidi rakyat.

“Perbuatan memperdagang bantuan subsidi secara haram dan bertentangan dengan undang-undang merupakan sabotaj ekonomi negara dan agenda kerajaan dalam penyaluran bantuan sosial kepada golongan memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau berkata orang ramai perlu terus menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat berhubung sebarang bentuk penyelewengan serta penyeludupan supaya aktiviti merugikan negara dan rakyat itu dapat dibanteras.

Sementara itu, Armizan berkata kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan kaedah sedia ada penyaluran subsidi pukal diesel di peringkat runcit bagi Sabah, Sarawak dan Labuan bagi tahun ini melibatkan subsidi mencecah RM3.6 bilion.

Beliau berkata antara faktor utama pengecualian itu ialah kebergantungan tinggi para pengguna khususnya di Sabah dan Sarawak kepada penggunaan kenderaan bahan api diesel disebabkan faktor geografi dan taraf jalan perhubungan darat dan air.

Selain itu, pertimbangan risiko kesan rantaian mengambil kira kadar harga barangan dan perkhidmatan di Sabah, Sarawak dan Labuan yang lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia serta tahap kesediaan dan akses maklumat pengguna bahan api diesel untuk pemprofilan penyasaran subsidi diesel bagi pengguna individu, agri komoditi dan sektor pengangkutan awam dan barangan.

Bagaimanapun, Armizan berkata kerajaan tidak pernah menafikan isu ketirisan yang meliputi penyelewengan dan penyeludupan bahan api diesel juga berlaku di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Sehubungan itu, katanya kerajaan telah mengarahkan semua agensi berkaitan seperti KPDN, kastam, polis, Jabatan Pengangkutan Jalan serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia untuk memperkasa strategi dan pendekatan bagi meningkatkan keberkesanan mekanisme penguatkuasaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings