the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPM jamin tiada data murid tercicir bagi kemasukan ke universiti – Fadhlina

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan bahawa data murid sekolah awam mahupun swasta termasuk berkaitan skor Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) tidak tercicir daripada kementerian itu, terutama bagi tujuan kemasukan ke universiti.

Beliau berkata walaupun ada isu berbangkit berkaitan perkara itu, namun KPM telah mengambil tindakan susulan dan komited memastikan semua markah PAJSK murid dapat dipenuhi dan tiada keciciran.

Fadhlina berkata dalam masa sama, KPM juga sedang menambah baik sistem pengumpulan dan penyaluran data skor PAJSK murid sekolah swasta dan di luar kementerian itu.

“Inisiatif tindakan ini akan menambah baik kaedah pengumpulan dan penyaluran data skor PAJSK murid sekolah swasta dan luar KPM dengan menyediakan akses perekodan data PAJSK yang sama seperti sekolah bawah KPM.

“Selain itu, KPM juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi menyelaras data skor PAJSK agar isu ini tidak lagi berbangkit di masa hadapan,“ katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) yang ingin tahu sama ada prosedur terkait PAJSK berbeza bagi sekolah selain bawah KPM susulan masalah pelajar cemerlang yang tidak mendapat tempat di universiti pilihan pertama atau kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kerana markah PAJSK kosong.

Fadhlina berkata laporan dan pengumpulan skor PAJSK murid sekolah selain di bawah pentadbiran KPM perlu dikemukakan secara offline melalui templat seragam yang disediakan KPM untuk dihantar kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPI) bagi tujuan tawaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Menjawab soalan tambahan Wan Razali berhubung jumlah murid yang menerima tawaran kemasukan ke IPTA menerusi UPUonline, Fadhlina berkata berdasarkan data KPM setakat ini, seramai 4,710 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menerima tawaran penempatan di IPTA dengan 954 daripadanya ditawarkan tempat berdasarkan pilihan pertama permohonan mereka.

“Seramai 2,838 orang akan disenaraikan rayuan penempatan IPTA berdasarkan merit di dalamnya yang terkandung markah 10 peratus PAJSK,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings