the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kru bot nelayan terjun ke laut ketika pemeriksaan ditemukan selamat di rumahnya

KANGAR: Seorang kru bot nelayan yang dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun ke laut ketika operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ditemukan selamat di rumahnya di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat dekat Kuala Perlis tengah hari tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan pada 12.15 tengah hari ketika sedang bersembunyi di dalam rumahnya.

Beliau berkata isteri lelaki terbabit pada awalnya memaklumkan suaminya tiada di rumah.

“Hasil soal siasat mendapati suspek bertindak terjun ke laut bagi mengelak diberkas penguat kuasa Maritim Malaysia kerana terlibat dengan penagihan dadah,“ katanya dalam kenyataan malam ini.

Lelaki terbabit dilapor bertindak terjun ke laut semasa Maritim Malaysia cuba menahan bot berkenaan di kedudukan 4.1 batu nautika barat muara Kuala Kedah kira-kira 9.50 malam semalam.

Pasukan Maritim Malaysia menghampiri bot nelayan berkenaan yang dilihat berada dalam keadaan mencurigakan dan disyaki melakukan aktiviti menangguk siput.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings