the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kuala Lumpur selamat, berhati-hati di sekitar Jalan Masjid India – Dr Zaliha

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa memberi jaminan bahawa Kuala Lumpur masih selamat kepada orang ramai.

Mengulas mengenai kebimbangan sesetengah pihak susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India Jumaat lepas, beliau bagaimanapun mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika berada di kawasan insiden tanah jerlus itu.

“Macam saya cakap sebelum ini, kita perlu lebih berhati-hati di kawasan Masjid India. Kawasan itu, PDRM pun ambil langkah untuk jaga dan kita tak benarkan orang awam masuk tapi kawasan lain (di Kuala Lumpur) setakat ini masih selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat lokasi mendapan tanah di Jalan Pantai Permai di sini hari ini, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Mengenai kejadian mendapan tanah di Jalan Pantai Permai, Dr Zaliha berkata DBKL bersama agensi berkaitan akan mengambil tindakan segera untuk memastikan sistem saliran air yang rosak akibat mendapan dapat dibaiki secepat mungkin.

“Kita menjangkakan dapat selesaikan perkara ini dalam tiga minggu tapi yang paling penting adalah penduduk di sekitar perlu menjaga keselamatan diri supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini,“ katanya.

Dr Zaliha dalam pada itu berkata ujian ketahanan terhadap pembetung sedia ada di sekitar Kuala Lumpur yang usang dan sudah berusia lebih 30 tahun perlu dilakukan.

“Untuk perkara ini, kita akan bekerjasama dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Indah Water Konsortium serta agensi lain yang berkaitan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings