the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lawatan kementerian, syarikat, agensi kerajaan ke luar negara perlu kelulusan menteri – PM Anwar

PUCHONG: Semua projek, lawatan dan tugasan ke luar negara yang melibatkan kementerian, syarikat serta agensi kerajaan perlu dirujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan masing-masing, serta mendapatkan kelulusan Menteri berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan untuk mendapatkan kelulusan menteri dilakukan kerana terdapat lembaga di dalam syarikat mahupun agensi kerajaan yang dilihat membuat keputusan memihak kepada kepentingan sendiri.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau sendiri telah membatalkan satu permohonan melibatkan kementerian dan agensi kerajaan yang menurutnya telah mendaftar sehingga 68 kakitangan hanya untuk menghadiri satu pameran kecil di Paris, Perancis.

“Walaupun tiket hotel dan penerbangan telah disediakan, saya batalkan, kerana jumlah yang didaftakan terlalu ramai. Hanya sebahagian kecil mungkin diperlukan untuk tugasan tersebut. Ini adalah pelanggaran peraturan. Ini dana rakyat dan kita harus tanggungjawab.

“Saya semalam telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausana Negara (Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz), semua Ketua Setiausaha dan Ketua Jabatan untuk menegaskan pendirian kerajaan dan minta kerjasama mereka dalam hal ini,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Darussalam di sini, hari ini.

Menjelas lanjut Perdana Menteri berkata semua menteri bertanggungjawab terhadap sebarang kelulusan yang diberikan.

“Menteri yang ingin melawat mana-mana negara perlu mengemukakan kertas cadangan kepada Jemaah Menteri, dan biasanya kita akan menilai semula sama ada perlu membawa kakitangan tertentu atau tiada keperluan sama sekali,“ katanya.

“Atau lebih baik tangguhkan sahaja lawatan tersebut dan sekalikan dengan lawatan Perdana Menteri, di mana, MoU (Memorandum Persefahaman) boleh turut ditandatangani dalam majlis yang sama. Ini akan jimat belanja,” katanya.

Perdana Menteri berkata reformasi di dalam kerajaan perlu dilakukan secara berterusan dan sebarang pelanggaran kepada usaha tersebut, tidak boleh dibiarkan berlaku.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings