the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 50 ahli Umno Perak dikenal pasti sabotaj parti semasa PRU15

IPOH: Umno Perak telah mengenal pasti lebih 50 ahlinya yang bertindak mensabotaj parti itu, dengan melakukan pelbagai kesalahan semasa tempoh Pilihan Raya Umum Ke-15, termasuk dengan berkempen untuk parti lawan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (gambar) berkata daripada jumlah itu, 17 orang daripada UmnoBahagian Larut telah dipecat, manakala lebih sebahagian lagi termasuk dari bahagian lain, sedang disiasat sebelum tindakan lanjut dikenakan.

“Ada yang tidak jadi calon, pencadang atau penyokong kepada pembangkang, tetapi semasa tempoh berkempen, dia terang-terang sama ada dia ceramah atau bawa bendera pembangkang atau kempen bagi pihak pembangkang.

“Sehubungan itu kita telah hantar laporan kepada jawatankuasa Lembaga Disiplin (Umno) negeri dan juga Malaysia, dan sebahagiannya pun telah dipecat. Yang lainnya kita tunggu sehingga jawatankuasa pengurusan parti umumkan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Wanita peringkat negeri Perak sebagai mengulas laporan media semalam, bahawa tindakan mensabotaj sesama sendiri dikenal pasti antara faktor utama kekalahan teruk Umno di Perak semasa PRU15.

Sementara itu, Saarani berkata beliau berpuas hati dengan proses perjalanan pemilihan Umno di Perak semalam.

“Tiada berlaku kekecohan yang serius dan Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU) bertugas dengan baik, malahan kebanyakan mereka telah mengambil pengalaman pada 11 Mac yang lalu untuk mereka perbaiki.

“Jadi saya harap mereka yang dipilih bersyukur, terima kasih dan berazam untuk beri perkhidmatan yang baik. Yang tidak berjaya jangan putus asa, jangan merajuk, jangan sabotaj parti kerana kalau nak beri sumbangan, kita boleh beri sumbangan dalam apa jua keadaan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings