the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 70,000 wanita di Malaysia terima suntikan vaksin HPV

IPOH: Lebih 70,000 wanita di Malaysia telah menerima suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) sejak Feb tahun lepas yang bertujuan mencegah golongan itu dijangkiti kanser servik.

Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Prof Madya Dr M. Murallitharan berkata jumlah itu dilihat memberangsangkan dan ia merupakan hasil kerja keras warga NCSM bersama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Perak.

“Seramai lebih 70,000 wanita itu telah diberi perlindungan melalui Program Imunisasi HPV “Leaving No One Behind” selepas majlis pelancaran peringkat kebangsaan yang diadakan pada Feb tahun lalu di Tambun.

“Sejak pelancarannya, NCSM telah menelusuri pelbagai kawasan pedalaman termasuklah di negeri Perak, Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan sempena Majlis Pelancaran NCSM-Caritas Homes of Hope dan Program Jelajah HPV negeri Perak.

Terdahulu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyempurnakan pelancaran berkenaan di Rumah Harapan NCSM-CARITAS di Kampung Simee, di sini hari ini.

Turut hadir isteri Menteri Besar Datin Seri Aezer Zubir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak Datuk Salbiah Mohamed dan Pengarah Kesihatan negeri Dr Feisul Idzwan bin Mustapha.

Mengulas mengenai Rumah Harapan, Murallitharan berkata ia telah beroperasi sejak awal tahun lepas dan berfungsi sebagai tempat transit kepada mana-mana pesakit kanser yang menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Tambah beliau, rumah berkenaan turut dilengkapi dengan perkhidmatan kaunseling dan klinikal psikologi serta perkhidmatan kaunseling makanan dan nutrisi secara percuma kepada mana-mana individu yang memerlukan.

“Kesemua perkhidmatan ini disediakan secara percuma dan dikendalikan oleh staf sepenuh masa untuk warga Perak amnya.

“Di kesempatan ini juga, kami memohon bantuan semua pihak tidak kira NGO, korporat mahupun individu untuk menyumbang dengan cara sendiri demi meringankan beban pesakit-pesakit kanser di Rumah Harapan NCSM-CARITAS,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings