the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki autisme ditemukan lemas

JERTIH: Seorang lelaki autisme yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya pada Khamis, ditemukan lemas di anak Sungai Keluang Hilir, berhampiran Sekolah Menengah Imtiaz Besut di Kampung Raja dekat sini, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat Muhammad Helmi Azman, 26, pada 11.44 pagi.

“Mayat mangsa ditemui tersangkut pada dahan pokok di anak sungai tersebut dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam berdasarkan keadaan mayatnya,” katanya dalam kenyataan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata sebelum ini polis menerima laporan daripada ibu mangsa memaklumkan anak lelakinya keluar dari rumah di Taman Pesiaran Limbongan iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa ditemukan.

Sementara itu, Senah Othman, 64, berkata anaknya keluar dari rumah antara pukul 2.30 hingga 4 petang ketika dia sedang tidur.

“Anak saya penghidap autisme kronik kerana dia tidak mampu bercakap dan kalau terlepas keluar memang dia tidak tahu jalan untuk pulang ke rumah.

“Sejak hilang, setiap hari pencarian dilakukan penduduk kampung dan ahli keluarga namun dia hanya ditemui hari ini dalam keadaan sudah tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui di Hospital Besut di sini hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings