the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki direman dua hari berhubung kes culik di Seremban

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

SEREMBAN: Seorang lelaki berusia 20-an direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes culik remaja membabitkan permintaan wang tebusan RM2 juta di sini pada 10 April lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata perintah reman dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali pagi ini.

Ahmad Dzaffir berkata suspek ditahan 3.30 petang semalam di Klang, Selangor dan kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961.

Media sebelum ini melaporkan seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan di sini pada 10 April lepas ditembak mati di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Susulan itu, seramai enam individu, termasuk tiga wanita berusia 20 hingga 31 tahun direman 14 hari bermula 14 April manakala pada semalam seorang wanita 50-an turut direman bagi tempoh yang sama hingga 30 April ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img