the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki Perancis ditahan bertindak agresif, halang polis

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga Perancis di bawah pengaruh alkohol ditahan kerana bertindak agresif dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan menghalang tugas anggota polis ketika diperiksa dalam sekatan jalan raya di Bayan Indah, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata pihak polis menahan kereta Honda CRZ berwarna merah yang dipandu lelaki berusia 29 tahun itu sebelum melakukan pemeriksaan ke atasnya.

“Semasa proses pemeriksaan dilakukan, lelaki itu yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran di kawasan Queensbay telah bertindak agresif dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan menolak anggota polis yang memeriksanya.

“Suspek telah dibawa ke Balai Polis Cawangan Trafik Bayan Lepas untuk membuat saringan alkohol dan hasil daripada saringan itu mendapati dia di bawah pengaruh alkohol,“ katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings