the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir di Muallim menurun kepada 56 orang pagi ini, satu PPS ditutup

IPOH: Jumlah mangsa banjir di Muallim menurun kepada 56 orang daripada 13 keluarga pagi ini, berbanding 165 orang daripada 32 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan kesemua mangsa berkenaan berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari, Tanjong Malim. PPS Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen telah ditutup pagi ini.

Mangsa yang berlindung di PPS SMK Khir Johari itu adalah dari Kampung Ketoyong, Kampung Leonardo, Kampung Berop dan Kampung Kelawar.

Sementara itu, sekretariat itu memaklumkan cuaca di kawasan tersebut baik setakat pagi ini.

Di Selangor, sebanyak 113 mangsa banjir di Hulu Bernam masih berlindung di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah selepas penempatan mereka dinaiki air, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata tinjauan pagi ini mendapati paras air di enam buah kampung terlibat di kawasan Hulu Selangor, semakin surut.

“Keadaan cuaca yang baik hari ini membantu air surut dengan lebih cepat dan banjir juga terkawal,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, banjir menjejaskan penduduk di Kampung Sungai Selisik, Kampung Serigala, Kampung Sungai Nilam, Kampung Sekolah, Kampung Masjid dan Kampung Paya Lebar apabila kediaman penduduk dinaiki air.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings