the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan – Nancy Shukri

KOTA SAMARAHAN: Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata kaunselor, dapat membantu dengan memberikan nasihat dan panduan untuk menangani permasalahan yang dihadapi, selain menggalakkan mangsa membuat laporan polis.

“Selain wanita, golongan lelaki turut menjadi mangsa, tapi tidak ramai yang berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian kerana perasaan malu.

“Masalah gangguan seksual ini boleh mengganggu fikiran, melalui kaunselor mangsa akan tahu apa yang boleh mereka lakukan mengikut prosedur. Pilihan terpulang kepada mangsa, kaunselor menghormati keputusan mereka sama ada mahu mengambil tindakan atau sebaliknya,“ katanya.

Bercakap pada sidang media selepas program Toleransi Sifar Keganasan Terhadap Wanita @ Advokasi Antigangguan Seksual KPWKM di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), di sini hari ini, beliau berkata kebanyakan mangsa lelaki yang mengalami gangguan seksual terdiri daripada mereka yang berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Semasa sesi dialog pada program itu, Nancy menjelaskan bahawa antara langkah proaktif KPWKM untuk menangani masalah gangguan seksual adalah dengan mewujudkan Tribunal Bagi Antigangguan Seksual (TAGS).

“Sehingga 5 Dis tahun ini sebanyak 21 aduan gangguan seksual telah difailkan di TAGS, dengan 19 pengadu adalah wanita, seorang kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki.

“Statistik Polis Diraja Malaysia turut menunjukkan peningkatan dan setakat Oktober tahun ini sebanyak 666 kes dilaporkan berbanding 522 kes pada tahun lepas, peningkatan sebanyak 9.4 peratus. Manakala, 12 kes dicatatkan di Sarawak tahun ini,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings