the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Maqis Selangor tahan daging babi sejuk beku dari Australia bernilai RM180,000

SHAH ALAM: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor menahan sebuah kontena membawa daging babi sejuk beku dari Australia bernilai RM180,000 di Pelabuhan Klang Barat, Klang dekat sini tiga hari lepas, kerana tidak mematuhi syarat permit import yang dikeluarkan pihaknya.

Pengarahnya Mohd Sobri Md Hashim berkata kontena membawa daging seberat 24 tan itu ditahan hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan sekitar pukul 10 pagi.

“Pengimport yang membawa dagangan itu gagal mempamerkan label loji penyembelihan yang diiktiraf pada bungkusan dagangan seperti yang dinyatakan dalam syarat permit import yang diluluskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kegagalan mematuhi syarat yang ditetapkan pada permit import Maqis adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(2), akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings