the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MetMalaysia beri amaran risiko garis badai musim monsun Barat Daya

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan orang ramai supaya berada di tempat selamat sekiranya fenomena garis badai (squall line) berlaku di kawasan mereka.

MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan fenomena itu berpotensi membawa hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir kilat, selain disertai angin kencang, guruh, petir serta laut bergelora dan berombak.

“Garis badai ialah kelompok awan ribut petir aktif yang membentuk barisan di laut sebelum bergerak ke daratan. Ia berbahaya kepada operasi penerbangan dan perkapalan serta boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan kemudahan awam.

“Kebiasaannya, ia berlaku pada musim Monsun Barat Daya dan kerap melanda pada waktu pagi serta malam, khususnya di barat Semenanjung Malaysia, barat Sabah dan Sarawak,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut menasihati orang ramai supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti di kawasan pantai atau laut, selain berpindah ke kawasan lebih tinggi sekiranya banjir dijangka berlaku.

Antara tanda awal kewujudan garis badai ialah pembentukan awan jalur tebal yang menjulang tinggi dari arah laut, kelajuan angin yang meningkat secara mendadak dan menjadi langkisau (angin keras dan tidak menentu haluannya) serta penurunan suhu secara drastik.

Menurut jabatan itu, garis badai boleh mencecah panjang beratus kilometer dengan tempoh hayat sehingga beberapa jam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings