the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MINDEF siasat dakwaan kehadiran CCG di perairan Beting Patinggi Ali

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) akan menyiasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG) di Laut China Selatan khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali, Sarawak.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini bagi memastikan sama ada kapal negara asing itu benar-benar berlabuh di kawasan berkenaan atau hanya sekadar melalui lokasi tersebut.

“Rondaan dilakukan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia… Perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan ini adalah perairan bebas laluan.

“Jadi, dia dianggap sebagai menjejaskan kedaulatan kita kalau bot itu berhenti. Kalau bot lalu kita tidak boleh buat apa-apa, itu undang-undang laut antarabangsa,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita mengenai kehadiran CCG yang menyukarkan nelayan dan pemancing di Miri, Sarawak untuk turun ke laut kerana khuatir diganggu CCG.

Kerajaan sebelum ini menegaskan Beting Patinggi Ali adalah milik Malaysia dan tidak pernah mengiktiraf sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak lain memandangkan ia di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.

Beting Patinggi Ali terletak di kedudukan 84 batu nautika atau 155 kilometer dari pantai Miri dengan secara spesifiknya di Tanjung Baram, Sarawak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings