the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mondelez tarik balik produk Cadbury Dairy Milk Bites Jolly Raisin 50g

KUALA LUMPUR: Mondelēz International (Malaysia) hari ini mengumumkan penarikan balik secara sukarela produk Cadbury Dairy Milk Bites Jolly Raisin (50g) yang dikeluarkan pada 3 Feb 2024.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat makanan ringan itu memaklumkan langkah berkenaan diambil kerana kumpulan produk yang bertarikh luput pada 27 April 2025 itu mengandungi kacang dan kismis, dan bukannya kismis sahaja.

Menurut syarikat itu, produk berkenaan hanya dijual di Malaysia dan penarikan balik itu tidak menjejaskan sebarang produk Mondelēz International yang lain atau mana-mana lokasi di luar negara.

“Di Mondelēz International, keselamatan dan kesejahteraan pengguna menjadi keutamaan penting kami,“ menurut kenyataan itu.

Pengguna yang memiliki produk terbabit digalakkan menghubungi talian Perhubungan Pengguna Mondelēz 1800-88-1939, dari 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat.

“Syarikat menawarkan bayaran balik penuh atau penggantian untuk produk yang dipulangkan. Mondelēz International terus komited terhadap keselamatan dan kesejahteraan pengguna dan menghargai pemahaman dan kerjasama semasa proses ini,“ menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings