the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Musim tengkujuh dijangka bermula 5 Nov – MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Monsun Timur Laut (MTL) atau lebih dikenali musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 5 Nov dan berterusan sehingga Mac 2025 kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dalam tempoh berkenaan, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku.

“Semasa fasa awal MTL dari November hingga Disember 2024, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Manakala pada Januari hingga Februari 2025 pula, negeri yang lebih berpotensi untuk berlaku episod hujan lebat adalan di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Hisham berkata sekiranya luluran monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain.

Beliau berkata keadaan hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari itu, boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

Mohd Hisham berkata sekiranya hujan lebat berterusan berlaku secara serentak dengan kejadian air pasang besar and luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem.

Selain itu, katanya tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

“Menjelang pada fasa akhir MTL iaitu Januari hingga Mac 2025, kawasan utara Semenanjung dijangka mengalami kurang hujan.

“Keadaan ini akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta berpotensi berlakunya gelombang haba,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Hisham berkata keadaan itu diramalkan tidak seteruk seperti tahun 2024 disebabkan fenomena La Nina dijangka bermula hujung tahun ini hingga pertengahan tahun hadapan.

Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amalan cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui www.met.gov.my, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi METMalaysia atau hubungi talian 1300221638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Where minds meet to launch Space Economy Association off the ground

The newly formed Space Economy Association aims to position Hong Kong as a global hub for the commercial space industry by connecting businesses, investors, professionals and governments while supporting innovation, talent development and international collaboration in the fast-growing space economy.

Construction Management Awards 2026 – now opens for nominations introduction of the inaugural “Excellent...

The Construction Management Awards 2026 has opened for nominations, introducing the inaugural Excellent Construction Safety Culture Award to recognise organisations that demonstrate strong safety leadership, governance and long-term commitment to improving construction site safety across Hong Kong.

Siam Piwat appoints The Bureau of Wonders as international public relations consultant for Siam...

Siam Piwat has appointed The Bureau of Wonders as its international public relations consultant for Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026, aiming to boost global awareness of the event and strengthen Thailand's position as a luxury retail and watchmaking destination.

SIM highlights the importance of university networks in higher education decisions

SIM says university friendships and professional networks are becoming key factors in higher education decisions, helping students build confidence, improve wellbeing, develop career readiness and create lasting personal and professional connections alongside their academic qualifications.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings