the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
27.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nahas UiTM Dungun: Polis tunggu laporan kesihatan suspek

KUALA LUMPUR: Polis sedang mendapatkan laporan kesihatan pemandu wanita yang dipercayai sakit mental dan melanggar dua motosikal hingga mengakibatkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Dungun dalam kejadian Rabu lepas, bagi melengkapkan siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata siasatan terhadap suspek tetap dilakukan mengikut prosedur biasa meskipun terdapat dakwaan wanita itu mempunyai masalah mental.

“Kes ini tetap disiasat seperti biasa termasuk direman, tiada pengecualian. Polis akan mendapatkan laporan kesihatan wanita terbabit sebelum siasatan dilengkapkan,“ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan sama ada suspek perlu mendapatkan rawatan psikiatri atau tidak bergantung kepada mahkamah selepas suspek tersebut dituduh nanti.

Dalam kejadian pada 7.35 malam Rabu lepas, tiga pelajar UiTM Kampus Dungun yang menunggang dan membonceng motosikal maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera selepas dirempuh sebuah kereta berdekatan kampus berkenaan.

Pemandu kereta tersebut iaitu wanita berusia 49 tahun dan berasal dari Kampung Sura Tengah dipercayai kurang siuman, direman empat hari bermula Khamis lepas.

Tiga mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dari Muar, Johor; Ku Adib Ku Azmi, 20, dari Sungai Buloh, Selangor; dan Khairil Anwar Jamaludin, 20, dari Ampang, Selangor, manakala yang cedera ialah Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, dari Keramat, Kuala Lumpur.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Asean may consider adjustments to Myanmar peace framework: Foreign Minister

Asean may consider adjustments to the Five-Point Consensus (5PC) if necessary in order to break the long-standing deadlock in Myanmar, Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan told the Dewan Rakyat.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings