the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

OKK pastikan premis berada dalam zon selamat – Aiman Athirah

ALOR SETAR: Penubuhan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) di premis yang telah ditetapkan dapat memastikan ruang premis berada dalam zon selamat dan kondusif, selain dapat mengelakkan kesan yang lebih serius jika berlaku kebakaran.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata penubuhan OKK merupakan satu daripada keperluan yang disyaratkan bagi mendapatkan perakuan bomba atau fire certificate (FC).

“OKK ada kemahiran kawal kebakaran di peringkat awal jika berlaku kebakaran di sesebuah premis antaranya membantu kosongkan premis sebelum pihak bomba sampai,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar OKK Bagi Premis Ditetapkan Tahun 2024 dekat sini hari ini.

Beliau berkata penganjuran seminar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dan Perlis serta Human Resource Development Corporation (HRD Corp) hari ini, disertai lebih 600 peserta terdiri daripada pemilik premis serta badan profesional, dan seminar seumpama itu dilaksanakan di seluruh negara.

“Seminar ini memberikan pemahaman mendalam tentang undang-undang dan prosedur yang berkuat kuasa dan dijadikan medium mencipta jaringan dan jalinan kerjasama antara pihak jabatan-jabatan kerajaan, golongan profesional, badan-badan swasta dan pemain industri,” katanya.

Menurut Aiman Athirah, setakat ini terdapat 321 premis yang ditetapkan di Kedah dan Perlis pada 2024 yang terdiri daripada 42 agensi kerajaan dan 279 entiti swasta.

“Daripada jumlah ini, 248 premis (77 peratus) mempunyai Sijil Perakuan Bomba yang sah, Notis FC6, Notis FC7 atau dalam proses permohonan,“ katanya.

Penubuhan OKK di premis ditetapkan merupakan satu daripada penambahan seksyen baharu iaitu Seksyen 27a dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).

Jika premis ditetapkan itu gagal untuk menubuhkan OKK, pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan keseluruhan terhadap premis ditetapkan boleh didenda hingga RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya di bawah peruntukan seksyen dan akta yang sama.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN blends experience and new faces for Johor polls

Barisan Nasional’s mix of veteran leaders and fresh candidates for the Johor state election is the best formula for governing complex challenges, says Mohamed Khaled.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings