the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi mencari dua warga Filipina insiden perlanggaran bot ditamatkan

SEMPORNA: Operasi mencari dan menyelamat dua warga Filipina yang hilang dalam insiden pelanggaran dua bot di perairan Pulau Sebangkat di sini, sejak Selasa lepas (6 ogos) ditamatkan, semalam.

Pengarah Zon Maritim Semporna Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Komander Maritim Amir Shubli berkata operasi itu ditamatkan pada pukul 6.30 petang semalam berikutan tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat tersebut.

Katanya operasi itu meliputi kawasan keluasan 64 batu nautika persegi dengan penglibatan tujuh buah bot Maritim Malaysia dan agensi lain seperti Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marim, Angkatan Pertahanan Awam, serta Taman-Taman Sabah.

“Komuniti setempat juga telah dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa dan diminta untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menemukan sebarang petunjuk,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Selasa lepas, dua warga Filipina yang dikenali sebagai Rommek Tura dan Jimal, masing-masing berusia 30 tahun dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama dua orang lagi yang terselamat, bertembung dengan sebuah bot lain di sini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings